Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibekalkan komputer riba, televisyen pintar dan jaringan jalur lebar secara berperingkat mulai tahun hadapan.<br /><br />Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun, ia selari dengan pelan pendigitalan negara dan akan diperkembangkan daripada semasa ke semasa.